ajal dan maut di tentukan Allah

siapa sangka semalam kita bergelak ketawa bersama,hari ini kita akan mendengar berita kematian dia... panggilan telefon yang mengejutkan dan mampu menggetarkan seluruh tubuh... walaupun ia nya sekadar adik sepupu,tetapi dialah yang selalu menemaniku makan tengah hari,dia sahajalah yang sanggup melayani gurauanku,dan aku senang dengan kelakuannya... Tanggal 27 Januari 2014...dengan hanya sebuah treler parking telah meragut 2 nyawa dalam satu masa... seperti baru semalam mendengar dia memberitahuku bahawa raya tahun ni aku akan bertandang ke rumahnya sendiri dan bukanlagi ke rumah sewa ibu bapanya...sempat lagi dia menjemputku bertandang ke rumah nya pada hari raya ketiga dan memintaku untuk membacakan surah yasin di pusaranya...dan dia juga memberitahuku bahawa aku akan beraya di rumah nya tetapi dia tidak dapat menyediakan jamuan seperti orang lain...adakah aku akan bertandang ke rumah nya sepertimana yang dikatakan olehnya...setiap kali namanya betandang ke fikiranku pasti kesedihan yang bakal mengudang apabila setiap dialog kata yang di ucap singgah di akal fikiranku...sedih setiap kali mendengar lagu yang bertajuk "Teman Pengganti" yang selalu kami alun dan menyumbang kan suara secara berduet bersama...tanpa ku amati bait lagu yang dialunkan olehnya mempunyai maksud tersirat...siapa sangka kanak-kanak yang kini menjangkau usia 13 tahun yang sebaya dengan adikku mampu memahatkan memori yang tercipta tanpa dapat aku lupakan walaupun satu huruf yang di ucapkannya yang kini sudah kembalike rahmatullah... hanya doa yang mampu ku kirimkan agar kau sentiasa tenang dan bahagia di sana...semoga kau tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman...semoga suatu saat kita bertemu di taman syurgaNya...salam sayang dan rindu kami buatmu disana... Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment